LIFEUnediteD

Writing life as it happens

thefazra

Life isn’t polished, and neither are my words.

This is a lifestyle blog where I share honest reflections, everyday stories, and personal experiences.

A space for stories, reflections, and maybe a few pawprints along the way.

10 “SIDE INCOME” KERJA DARI RUMAH TANPA MODAL BESAR – Pengalaman Sendiri
Pernah cuba macam-macam demi cari duit tepi — dari nasi lemak ke digital produk. Ini senarai real side income kerja dari rumah tanpa modal besar, ikut pengalaman sendiri.

"Hidup ini keras"

Life is tough

اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ 

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. (QS. Ar-Ra'd ayat 11)

Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. (QS. [13]Ar-Ra'd verse 11)

Biasa orang cakap: "Hidup ni keras."

Ada kerja tetap pun belum tentu cukup. Pastu mesti ada bunyi-bunyi, “tak reti bersyukur.” Tapi jujur cakap — I don’t even know whether to agree or disagree.

The truth is, I sendiri pernah (dan masih) struggle bila apa yang kita dapat, tak cukup nak tampung perbelanjaan. Dengan ekonomi sekarang, harga barang naik, commitment bertambah... it gets heavy.

Tapi satu hari I sedar — I kena buat something.

Even if I didn’t know what that “something” was at first.

I memang selalu ada rasa nak buat something on the side. Kadang sebab nak tambah pendapatan, kadang sebab nak cabar diri, kadang sebab nak lari sekejap dari tekanan kerja harian. 😂

Tak semua yang I cuba jadi.

Tapi tak semua gagal juga.

Setiap cubaan tu ajar I sesuatu — tentang diri sendiri, tentang orang, tentang bisnes.

So in this post, I nak park semua side income / kerja dari rumah tanpa modal besar yang I pernah cuba. Nanti I akan update satu-satu dengan cerita penuh. Mana tahu… maybe you're thinking to try one of these, and my experience might help you decide. Or at least buat korang rasa, “eh aku pun pernah rasa macam ni.”

🧾 Senarai Hustle Yang Pernah Aku Cuba

#1. Jual Nasi Lemak 

Best gila — tapi penat dia jangan cerita. Bangun pagi sebelum Subuh, packing, angkut semua sendiri. Tapi puas bila customer repeat.

#2. Ejen Takaful

Ini antara hustle paling mencabar. Perlukan mental yang kuat, ilmu yang kukuh, and a thick skin.

#3. MLM (Multi-level marketing)

Ini pengalaman awal I dalam dunia “bisnes”. Banyak benda I belajar — especially pasal sales psychology.

#4. Bisnes Tudung

Bermula dengan beli stok dari Shopee — tapi persaingan sangat sengit. If only I had better guidance waktu tu.

#5. Dropship

Nampak senang, tapi kena rajin promote dan tahu target audience. Kena consistent baru nampak hasil.

#6. Kiddocare (Baby Sitter)

Interesting experience! Dapat jaga anak orang, kenal jenis-jenis parenting. Gaji OK, tapi kena sabar dan trustworthy.

#7. Cat Sitting & Cat Taxi Service

Ini hustle paling comel dan tenang. Sesuai untuk pencinta kucing macam saya.

#8. Affiliate Marketing

Long game. Kena sabar, konsisten dan ada strategi. Tapi once jalan, dia boleh jadi pasif income. I still belajar, try and error.

#9. Freelance Web Design & Data Entry

This is where passion meets skill. Banyak benda I belajar — dari client handling sampai time management.

#10. Digital Product Business (Canva)

Paling baru, dan setakat ni paling menguntungkan. Still in progress, but I see the long-term potential.

💬 Bukan Nak Jual Mimpi, Cuma Nak Kongsi Cerita

So… kalau korang tengah fikir nak cari side income dari rumah — I hope this list bagi korang idea. Tak semestinya semua kena jadi. Yang penting, korang cuba dan belajar.

I tak tulis ni untuk jual mimpi.

Ini real story.

Kalau korang boleh relate, I hope it gives you clarity or at least… comfort.

Post ni I akan update from time to time. Yang mana excited dah tu, stay tuned — full story coming to you ✍️

Bye~ 👋

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *